Khamis, April 24, 2014
  facebook twitter rss
   
Text Size

ASEAN - India FTA

Berita - Syarikat

Rating Pengguna: / 2
Kurang BaikTerbaik 

AKTA KASTAM 1967

PERINTAH DUTI KASTAM (BARANG-BARANG DI BAWAH PERJANJIAN KERJASAMA EKONOMI KOMREHENSIF ANTARA NEGERI-NEGERI ANGGOTA ASEAN DENGAN REPUBLIK INDIA) 2009

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 11(1) Akta Kastam 1967           [Akta 235], Menteri membuat perintah yang berikut:

Nama dan permulaan kuat kuasa

1.         (1)            Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Duti Kastam (Barang-Barang di bawah Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Antara Negeri-Negeri Anggota ASEAN dengan Republik India) 2009.

(2)            Perintah ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2010.

Tafsiran

2.         Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain –

“AIFTA” ertinya Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-India di bawah Perjanjian Rangka Kerja mengenai Kerjasama Ekonomi Komprehensif antara Persatuan Negeri-Negeri Asia Tenggara dengan Republik India;

“ASEAN” ertinya Persatuan Negeri-Negeri Asia Tenggara yang terdiri daripada Brunei Darusalam, Kerajaan Kemboja, Republik Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Kesatuan Myanmar, Republik Filipina, Republik Singapura, Kerajaan Thailand dan Republik Sosialis Viet Nam dan ahli-ahli yang dirujuk dalam Perjanjian ini secara bersama sebagai Negeri-Negeri Anggota ASEAN dan secara berasingan sebagai Negeri-Negeri Anggota ASEAN;

“Perjanjian Rangka Kerja” ertinya Perjanjian Rangka Kerja mengenai Kerjasama Ekonomi Komprehensif antara Persatuan Negeri-Negeri Asia Tenggara dengan Republik India, yang ditandatangani di Bali, Indonesia pada 8 Oktober 2003, sebagaimana yang dipinda;

“barang” ertinya bahan-bahan dan/atau produk-produk;

“Pihak-Pihak” ertinya Negeri-Negeri Anggota ASEAN dan Republik India secara bersama;

“Pihak” ertinya Negeri-Negeri Anggota ASEAN atau Republik India.

Duti Import

3.         (1)            Tertakluk kepada peruntukan Jadual Pertama, duti import hendaklah dilevi ke atas, dan dibayar oleh pengimport, berkenaan dengan barang-barang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, yang berasal dari Republik India atau negeri-negeri ASEAN, mengikut kadar duti import yang dinyatakan dalam ruang (4) Jadual Kedua, yang diimport ke Malaysia.

(2)            Jika suatu kadar duti import dinyatakan dalam ruang (4) Jadual Kedua berkenaan dengan sesuatu jenis barang-barang yang tertentu maka kadar itu hendaklah dilevi ke atas dan hendaklah dibayar oleh pengimport sebagai ganti duti import penuh yang sepadan yang dikenakan di bawah Perintah Duti Kastam 2007 [P.U. (A) 441/2007], hanya berkenaan dengan barang-barang dari jenis yang dibuktikan hingga memuaskan hati Ketua Pengarah sebagai berasal dari Republik India atau negeri-negeri ASEAN.

(3)            Dalam hal barang-barang yang boleh dikenakan duti import di bawah Perintah Duti Kastam 2007 yang diimport pada atau dengan mana-mana orang yang memasuki Malaysia atau dalam bagasi orang itu dan yang dimaksudkan untuk kegunaan bukan komersial (kecuali kenderaan bermotor, minuman beralkohol, spirit, tembakau dan rokok) hanya duti kastam pada kadar sama rata 30% ad valorem hendaklah dilevi ke atas dan dibayar oleh orang itu atas barang-barang itu.

(4)            Berhubung dengan barang-barang yang tidak dinyatakan dalam Jadual Kedua, duti import hendaklah dilevi ke atas barang-barang itu mengikut kadar penuh yang dinyatakan dalam Perintah Duti Kastam 2007.

Tafsiran kadar yang dinyatakan dalam Jadual Kedua

4.            Melainkan jika dinyatakan selainnya, kadar yang dilevi di bawah subperenggan 3(1) hendaklah mengikut kiraan peratusan nilai barang-barang.

Penjenisan  barang-barang

5.            Penjenisan barang-barang dalam Jadual Kedua hendaklah mematuhi Rukun tafsiran Jadual dalam Perintah Duti Kastam 2007.

Untuk maklumat selanjutnya, klik disini

klik disini untuk maksud singkatan yang digunakan